Hanya Sekadar Satu Coretan.....
My Hubby & Me
Daisypath Anniversary tickers

Sling @ Shoulder Bag

Yey... Satu lagi beg berjaya dihasilkan. Yang ni special sket cz leh jadi 2 jenis beg n fabrik dia pun cantik (xnampak cam fabrik sgt). Beg ni leh jadi "Sling Beg" n "Shoulder Bag", just adjust tali dia jer.. best kan... :). Jom layan gambar lak... hehehe







Flower Tote Bag

Peauw...akhirnya siap juga satu lagi beg untuk program "1 Hari 1 Produk". Lama jugak nak siapkan beg ni, 2 malam baru siap..hehehe...Beg ni color lightpink n dalam dia color green, very nice combination(I loike...:p ). Dalam ada dua poket n kat luar ada satu poket berzip, so senang la nanti klu nak letak h.set ke.. kunci ker.. or.. apa2 ke.. hehehe...Depan beg dihias dengan sekuntum bunga yang telah di ambil dari baju lama..n diolah jadi lawa sket..(perasan). My hubby like this bag so much, he said it's look feminin. Apa pun layan jer gambar yang saya dah snap ni....:)

Buatan Tangan lagi..

Haa.. ni lagi hasil tangan yang dah siap.... Semuanyer buat untuk diri sendiri.. hehehe.. Ngah blaja2 mahirkan diri. Ada kawan nak tempah, tapi takut lak nak ambik tempahan dia cz maklum la.. bukannyer pandai sgt baru nak berjinak2 ni..hehehe. Apa pun layan gambar kat bawah ek...


Ni xtau nak panggil apa, tapi kegunaan dia untuk letak buku resepi masakan, cz slalu nota masakan hilang n lupa letak mane. Selain untuk letak resepi, bahagian atas tu, tuk tulis memo or nota, N siap ada tempat letak marker n pemadam(warna itam tu) skali kat tepi tu.... hehehe..


Yang ni lak 'sling bag' , Guna rantai color gold untuk tali dia. Suka sgt beg ni cz rasa2 nyer yang ni paling cute.. hehehe(perasan..). Guna kain warna itam ala2 kain baldu.. lembut sangat kain dia n tambah purple polkadot kat tengah dgn accessories 2 ekoq ladybird(pink n purple.. cute bangat..hehehe). Leh guna untuk p jalan2.. jom... :p

Semuanyer Buatan Tangan

Ini semua adalah hasil buatan tangan sendiri... puas hati bila tengok beg2 ni smua. Walau pun x la secantik mane.. hehehe.. Beg kat bawah ni adalah 'shoulder bag'.. yang ni digunakan untuk p keje.. cz byk barang nak letak.. so saje jer buat besar..


Yang ni lak, buat masa nak raya puasa ari tu.. guna untuk letak duit raya... buat kecik jer..jadi senang nak bawak kemane -mane masa jalan raya ari tu. Guna kain hijau cz baju raya hijau n saje letak pin skit sbb ingat baju raya pink hijau, skali balik kg tengok.. baju color hijau n purple da...apa pun matching jer... kat tgh beg tu letak huruf D n N means Dinna..


Beg kat bawah ni lak, yang atas nama dia 'wrislet'(entah betul ke tak eja..hehehe) and yang bawah 'pad pocket'. Knp nama dia 'pad pocket'.. ??? Sebab digunakan untuk letak pad. Kat depan 'pad pocket' tu saje jer hias kain pink yang dijahit bentuk pad. hehehe.. Dua2 beg ni, saya suka sangat coz blue n pink color... :) I loike...

Program 1 Hari 1 Produk

Kali ni just nak share mengenai program 1 hari 1 produk yang kak zila adakan di facebook. Program ni bertujuan untuk meningkatkan produktiviti dan kemahiran setiap peserta program. Setiap orang yang join program ni, harus menghasilkan satu produk setiap hari. Tetapi ia tidak la wajib.. :).. cz ada peserta yang xsempat untuk menyiapkan 1 produk 1 hari.. (termasuk saya) kerana terikat dengan komitmen lain. Kat bawah saya attachkan first produk yang telah berjaya saya hasilkan.. simple jer.. just apron.. untuk kegunaan sendiri.. hehehe :)

produk 5/11/10


Jika ada sesiapa yang berminat nak join leh klik kat link ni..