Hanya Sekadar Satu Coretan.....
My Hubby & Me
Daisypath Anniversary tickers

Purse, Sling Bag N Book Cover

Dah beberapa minggu x update handmade yang dah siap dibuat. So kali ni, post 3 produk skali gus. Produk yang dh berjaya dihasilkan adalah purse, sling bag n book cover. Jom tengok hasil2nye ....:)

Produk pertama , purse, purse ni special skit coz ada dua side. sat untuk card slot n satu lagi money slot. Saiz purse ni agak besar skit (8 inchi x 4 inchi)

Ni view dari depan dia..

Klu buka leh lihat ada 3 slot untuk duit kertas dan 1 zip pocket untuk duit syiling

Gambar bawah ni lak view dari belakang..

kat dalam ada 16 card slot, n 2 daripadanye transperant



Ni lak book cover, depan dia ada satu poket muat untuk letak kad dan ada juga tempat untuk letak pen. :)



Gambar bawah ni ialah sling bag, guna fabric sama ngan fabrik untuk book cover. kat depan sling bag ada 2 pocket n kat dalam ada satu poket berzip..

My Sewing Tools..

Ha.. ni dia, sewing tools yang telah dibeli dan digunakan untuk projek jahit menjahit. Xbanyak pun.. ada la 4 jenis. Alat-alat ni semua ada yang di beli secara online n ada gak beli kat fizikal store. tapi Susah skit beli kat fizikal store, merata cari baru jumpa. tu pun xbyk pun stok dia. Ok la.. meh kita berkenal-kenalan ngan alat2 ni smua lak.. :)..........Jom.....

Ni yang dalam gambar kat atas ni namanyer, Eyelet Tool. Xtau size berapa, main beli jer.. tapi agak besar gak la....Yang ni beli kat physical store.

Yang ni lak Snap Button Tool. Diguna untuk pasang snap button kat purse or bag or apa2 jer..hehehe... Ni beli online kat sini.. Harga dia agak murah berbanding kat "kedai maya" (a.k.a online store) lain...

Ni orang panggil Rivet Tool. Ni pun beli kat online store gak, sama kedai ngan tool kat atas

Last but not least, Fasten Button Tool. Yang dibeli kat physical store, sama ngan tool yang kat atas skali tu.. Harga dia Rm24 je.. (Klu xsilap la)

Gambar kat atas ni adalah sekeping papan kecil yang dibeli berserta ngan eyelet tool. Kegunaan dia adalah untuk buat lapik bila tebuk lubang untuk pasang eyelet ke, snap button ke, revet ke or fasten button.

Ok tu saje tools yang ada (yng dah dibeli). Klu ada sesapa yang berkenan n nak beli gak, leh tgk kat link saya bagi tu... :)

Giveaway yang pertama dari Balancing...

Jom join giveaway yang pertama dari Balancing...

Syarat-syaratnya;
  • Senang aja, beri komen - kata nak ikut serta giveaway.
  • Terbuka untuk semua.
  • Sesiapa yang share news giveaway ni kat blog dia, akan dapat 2 undian - the more the merrier. (jgn lupa beritahu, takut nanti dpt satu undian aja)
Hadiah:


Crochet Coasters for Teapot and Mug

Ole2 dari Sarawak
(Alas meja 'Pua' , 'Anjat' manik , Uncang manik & Belt yang di perbuat dpd kayu)


Japanese Cotton Fat Quarters
(sorry quality gambar tak memuaskan : ( -ambil gambar waktu mlm)


(Made in Vietnam - Hand Embroidered - Silk Bag)




Best tu hadiah dia..... Jom kita join ramai-ramai.....:)
Giveaway yang pertama dari Balancing...

Jom join giveaway... : )

Hari ni tetiba lak rasa nak join giveaway. Giveaway ni dari blog ni, mypassionmycraft. Hadiah dia memang best, iaitu dapat fabric dari serawak.. n 1froggy keychain yang cute miut..i loike it.

Harap2 ada luck la....
Sekarang ni dah mcm2 idea dah ada, klu dapat je fabric tu benda pertama yang akan dibuat adalah purse for myself. Coz purse yang ada skrg ni dah agak uzur dah. Lagi pun corak fabric tu cantik ngat, memang sesuai la untuk buat purse...hehehe . Benda yang kedua yang dok terpikir skrg ni adalah buat sling bag/ shoulder bag. Jadi cam satu set gitu.. hehehe.. Harap sgt2 ada luck...wish me good luck ok..:)