Hanya Sekadar Satu Coretan.....
My Hubby & Me
Daisypath Anniversary tickers

Purse, Sling Bag N Book Cover

Dah beberapa minggu x update handmade yang dah siap dibuat. So kali ni, post 3 produk skali gus. Produk yang dh berjaya dihasilkan adalah purse, sling bag n book cover. Jom tengok hasil2nye ....:)

Produk pertama , purse, purse ni special skit coz ada dua side. sat untuk card slot n satu lagi money slot. Saiz purse ni agak besar skit (8 inchi x 4 inchi)

Ni view dari depan dia..

Klu buka leh lihat ada 3 slot untuk duit kertas dan 1 zip pocket untuk duit syiling

Gambar bawah ni lak view dari belakang..

kat dalam ada 16 card slot, n 2 daripadanye transperant



Ni lak book cover, depan dia ada satu poket muat untuk letak kad dan ada juga tempat untuk letak pen. :)



Gambar bawah ni ialah sling bag, guna fabric sama ngan fabrik untuk book cover. kat depan sling bag ada 2 pocket n kat dalam ada satu poket berzip..

My Sewing Tools..

Ha.. ni dia, sewing tools yang telah dibeli dan digunakan untuk projek jahit menjahit. Xbanyak pun.. ada la 4 jenis. Alat-alat ni semua ada yang di beli secara online n ada gak beli kat fizikal store. tapi Susah skit beli kat fizikal store, merata cari baru jumpa. tu pun xbyk pun stok dia. Ok la.. meh kita berkenal-kenalan ngan alat2 ni smua lak.. :)..........Jom.....

Ni yang dalam gambar kat atas ni namanyer, Eyelet Tool. Xtau size berapa, main beli jer.. tapi agak besar gak la....Yang ni beli kat physical store.

Yang ni lak Snap Button Tool. Diguna untuk pasang snap button kat purse or bag or apa2 jer..hehehe... Ni beli online kat sini.. Harga dia agak murah berbanding kat "kedai maya" (a.k.a online store) lain...

Ni orang panggil Rivet Tool. Ni pun beli kat online store gak, sama kedai ngan tool kat atas

Last but not least, Fasten Button Tool. Yang dibeli kat physical store, sama ngan tool yang kat atas skali tu.. Harga dia Rm24 je.. (Klu xsilap la)

Gambar kat atas ni adalah sekeping papan kecil yang dibeli berserta ngan eyelet tool. Kegunaan dia adalah untuk buat lapik bila tebuk lubang untuk pasang eyelet ke, snap button ke, revet ke or fasten button.

Ok tu saje tools yang ada (yng dah dibeli). Klu ada sesapa yang berkenan n nak beli gak, leh tgk kat link saya bagi tu... :)

Giveaway yang pertama dari Balancing...

Jom join giveaway yang pertama dari Balancing...

Syarat-syaratnya;
  • Senang aja, beri komen - kata nak ikut serta giveaway.
  • Terbuka untuk semua.
  • Sesiapa yang share news giveaway ni kat blog dia, akan dapat 2 undian - the more the merrier. (jgn lupa beritahu, takut nanti dpt satu undian aja)
Hadiah:


Crochet Coasters for Teapot and Mug

Ole2 dari Sarawak
(Alas meja 'Pua' , 'Anjat' manik , Uncang manik & Belt yang di perbuat dpd kayu)


Japanese Cotton Fat Quarters
(sorry quality gambar tak memuaskan : ( -ambil gambar waktu mlm)


(Made in Vietnam - Hand Embroidered - Silk Bag)




Best tu hadiah dia..... Jom kita join ramai-ramai.....:)
Giveaway yang pertama dari Balancing...

Jom join giveaway... : )

Hari ni tetiba lak rasa nak join giveaway. Giveaway ni dari blog ni, mypassionmycraft. Hadiah dia memang best, iaitu dapat fabric dari serawak.. n 1froggy keychain yang cute miut..i loike it.

Harap2 ada luck la....
Sekarang ni dah mcm2 idea dah ada, klu dapat je fabric tu benda pertama yang akan dibuat adalah purse for myself. Coz purse yang ada skrg ni dah agak uzur dah. Lagi pun corak fabric tu cantik ngat, memang sesuai la untuk buat purse...hehehe . Benda yang kedua yang dok terpikir skrg ni adalah buat sling bag/ shoulder bag. Jadi cam satu set gitu.. hehehe.. Harap sgt2 ada luck...wish me good luck ok..:)

Sling @ Shoulder Bag

Yey... Satu lagi beg berjaya dihasilkan. Yang ni special sket cz leh jadi 2 jenis beg n fabrik dia pun cantik (xnampak cam fabrik sgt). Beg ni leh jadi "Sling Beg" n "Shoulder Bag", just adjust tali dia jer.. best kan... :). Jom layan gambar lak... hehehe







Flower Tote Bag

Peauw...akhirnya siap juga satu lagi beg untuk program "1 Hari 1 Produk". Lama jugak nak siapkan beg ni, 2 malam baru siap..hehehe...Beg ni color lightpink n dalam dia color green, very nice combination(I loike...:p ). Dalam ada dua poket n kat luar ada satu poket berzip, so senang la nanti klu nak letak h.set ke.. kunci ker.. or.. apa2 ke.. hehehe...Depan beg dihias dengan sekuntum bunga yang telah di ambil dari baju lama..n diolah jadi lawa sket..(perasan). My hubby like this bag so much, he said it's look feminin. Apa pun layan jer gambar yang saya dah snap ni....:)

Buatan Tangan lagi..

Haa.. ni lagi hasil tangan yang dah siap.... Semuanyer buat untuk diri sendiri.. hehehe.. Ngah blaja2 mahirkan diri. Ada kawan nak tempah, tapi takut lak nak ambik tempahan dia cz maklum la.. bukannyer pandai sgt baru nak berjinak2 ni..hehehe. Apa pun layan gambar kat bawah ek...


Ni xtau nak panggil apa, tapi kegunaan dia untuk letak buku resepi masakan, cz slalu nota masakan hilang n lupa letak mane. Selain untuk letak resepi, bahagian atas tu, tuk tulis memo or nota, N siap ada tempat letak marker n pemadam(warna itam tu) skali kat tepi tu.... hehehe..


Yang ni lak 'sling bag' , Guna rantai color gold untuk tali dia. Suka sgt beg ni cz rasa2 nyer yang ni paling cute.. hehehe(perasan..). Guna kain warna itam ala2 kain baldu.. lembut sangat kain dia n tambah purple polkadot kat tengah dgn accessories 2 ekoq ladybird(pink n purple.. cute bangat..hehehe). Leh guna untuk p jalan2.. jom... :p

Semuanyer Buatan Tangan

Ini semua adalah hasil buatan tangan sendiri... puas hati bila tengok beg2 ni smua. Walau pun x la secantik mane.. hehehe.. Beg kat bawah ni adalah 'shoulder bag'.. yang ni digunakan untuk p keje.. cz byk barang nak letak.. so saje jer buat besar..


Yang ni lak, buat masa nak raya puasa ari tu.. guna untuk letak duit raya... buat kecik jer..jadi senang nak bawak kemane -mane masa jalan raya ari tu. Guna kain hijau cz baju raya hijau n saje letak pin skit sbb ingat baju raya pink hijau, skali balik kg tengok.. baju color hijau n purple da...apa pun matching jer... kat tgh beg tu letak huruf D n N means Dinna..


Beg kat bawah ni lak, yang atas nama dia 'wrislet'(entah betul ke tak eja..hehehe) and yang bawah 'pad pocket'. Knp nama dia 'pad pocket'.. ??? Sebab digunakan untuk letak pad. Kat depan 'pad pocket' tu saje jer hias kain pink yang dijahit bentuk pad. hehehe.. Dua2 beg ni, saya suka sangat coz blue n pink color... :) I loike...

Program 1 Hari 1 Produk

Kali ni just nak share mengenai program 1 hari 1 produk yang kak zila adakan di facebook. Program ni bertujuan untuk meningkatkan produktiviti dan kemahiran setiap peserta program. Setiap orang yang join program ni, harus menghasilkan satu produk setiap hari. Tetapi ia tidak la wajib.. :).. cz ada peserta yang xsempat untuk menyiapkan 1 produk 1 hari.. (termasuk saya) kerana terikat dengan komitmen lain. Kat bawah saya attachkan first produk yang telah berjaya saya hasilkan.. simple jer.. just apron.. untuk kegunaan sendiri.. hehehe :)

produk 5/11/10


Jika ada sesiapa yang berminat nak join leh klik kat link ni..

Doa Selepas Solat


Salam....

Hari ni just nak share doa selepas solat. Doa ni panjang skit, tapi bagus untuk kita amalkan. Lagi pun doa tu ada dalam dua bahasa, arab dan melayu. Jadi, klu susah nak baca arab, boleh ler baca dalam bahasa melayu. Doa ni diambil dari satu laman web tapi mf tak ingat apa nama web tu, apa2 pun time kasih kat tuan web tu coz kongsi doa ni. Dan sekarang nak kongsi lak doa tu kat sini. Benda baik elok dikongsi-kongsikan..kan....:)

Klik jer kat sini untuk download file doa tu(PDF)

Koleksi Resepi

Ermm.. dah lama kumpul resepi dari internet, akhirnya berjaya jugak di "compile" kan menjadi satu koleksi untuk rujukan sendiri. Resepi2 yang dikumpul, disusun dalam ms word n dah publish jadi pdf. Tapi satu jer masalahnyer.. lupa lak dari blog/web mane ambik resepi tu coz dah lama, jadi mintak maaf byk2 ler kat tuan blog/web tu yer..xdapat nak bagi kredit... ;P. So kepada sesiapa yang nak download resepi yang saya dah kumpul ni leh la download kat link dibawah yer.. SELAMAT MENCUBA....:)