Hanya Sekadar Satu Coretan.....
My Hubby & Me
Daisypath Anniversary tickers

My New Handmade Bag (* _ -)v

Setelah lama x update blog, baru ari ni sempat buat post baru... nak kata sibuk, xla sibuk sgt. tapi penyakit M amat menjadi2 kebelakangan ini... hehehe... Byk lagi keje menjahit yang tertangguh... xtau bila nak continue.

Tapi yang pasti, semua yang tertangguh tu nak kena siapkan bulan ni gak. Kalau x, mau ada yang merajuk n mengamuk.. hehehe.. Order dah lama.. tapi xsiap2 lagi..

Apa pun jumm.. layan gambar beg yang dah siap ni.. sebenarnya dah lama siap.. tapi baru nak tayang...

Yang ni bag silang.. color dia sama ngan bag hubby..
Tapi design dia lain, bagi design lady sket
Yang ni guna untuk p keje

Yang ni lak tote bag size XL cz guna untuk blik kg pada hujung minggu.
Al-maklum la , skarang ni dah PJJ(Perkahwinan Jarak Jauh) blik. Terpaksa la berulang-alik.

Jom join SEWANDCUT first giveaway

Nak menyertainya senang je, anda hanya perlu masukkan posting dari link nie (http://sewandcut.blogspot.com/2011/03/my-first-giveaway.html) ke blog masing-masing. Lepas tu tinggalkan komen kat http://sewandcut.blogspot.com untuk track balik blog anda. Mudah kan..

Giveaway nie akan bermula pada 14th March dan berakhir pada 28th March 2011. Senaraikan nama siapa yang terpilih akan dipaparkan pada 29hb Mac dan pemilihan akan dibuat secara rawak.

Hadiahnyer comel....bangat...iaitu pin cushions . Ada tiga bentuk. Tomato, labu dan buah manggis.




Cepat-cepat....joinlah giveway ni... :)

Pencil Case & Crochet Tools Kit

Hasil terbaru dari dinna...

Crochet Tools Kit untuk Kak L

Crochet Tool kit ni kak L nak guna untuk letak alat2 mengait dia. Disebabkan dia dah start kumpul tools untuk crochet, so dia nak satu kit yng leh simpan barang crochet dia. Kit ni leh letak crochet needle, gunting, jarum n macam2 lagi. Ada satu poket berzip untuk letak barang2 kecik. Dengan crochet tools kit ni, senang la kak l nanti klu nak simpan n bawa barang crochet dia kemana- mana...... :)



Pencil Case tempahan dari K.Ma n Mary
Sebelum ni dah pernah buat pencil case yang warna hijau belang2, tapi tu tempahan dari anak buah. Kali ni buat warna purple belang2 lak. Ni tempahan dari Kak ipar n kawan anak buah....
layan....


Cutting Mat n Spray Mount Artist's Adhesive

Tengah hari tadi p ikut akak ofis ambik barang, kebetulan berdekatan ngan kedai yang ada jual barang yang memang lama dah cari. Apa lagi terus la p kedai tu. Lepas round n survey harga barang kat kedai tu, terus buat keputusan untuk beli barang yg dicari tu.

Tara.... dapat beli Cutting Mat n Spray Mount Artist's Adhesive hehehehe... Xde gambar nak letak coz xambik gambar lagi. Nanti dah blik umah baru leh ambik gambar n tepek kat sini. Sabar ek. Esok dapat la tepek gambar tu kat cini.. :P....

Ha.. ni dia gambar nyer...

Cutting Mat


Spray Mount Artist's Adhesive

Pad Pocket Tutorial

1. Potong 2 keping kain (lapisan luar dan dalam) dan 2 keping interfacing (kertas gam sederhana tebal/keras) berukuran 12 inchi x 8 ½ inchi


2. Kemudian lekatkan interfacing pada kain dengan seterika sederhana panas.


3. Lipat kain seperti ukuran dalam gambar dibawah dan penitikan. Ukur dan buat garisan pada tepi kain, kemudian jahit mengikut garisan yang telah dibuat.


4. Kemudian ukur dan buat garisan seperti rajah dibawah.


5. Lipat kedua-dua hujung yang telah dijahit seperti rajah dibawah, penitikan dan tanda mengikut ukuran yang ditunjukan.


6. Setelah dilipat dan dipenitikan. Jahit kedua-dua hujung mengikut tanda yang telah dibuat. Kemudian potong hujung yang dijahit.


7. Ulang langkah 3 hingga 6 untuk lapisan dalam. Terbalikan lapisan dalam, masukan lapisan dalam kedalam lapisan luar kemudian pinkan.


8. Kemudian jahit mengikut garisan yang telah dibuat semasa di langkah 4 dan potong bahagian bucu seperti gambar dibawah.


9. Terbalikan semua lapisan(dalam dan luar)


10. Lipat kedalam bahagian atas, penitikan dan jahit bahagian yang telah dilipat semua bahagian tepi.


11. Akhir sekali, pasang butang ketip pada “pad pocket”. Siap... :)


Kepada sesiapa yang nak simpan tutorial ni leh download kat cni.... Selamat mencuba ..:)


Pad Pocket N Pencil Case

Handmade kali ni dibuat untuk memenuhi permintaan akak2 opis n anak buah. Akak2 opis tempah 10 pad pocket dan 1 mini pad pocket. Anak buah pulak order pencil case, siap nak suh letak nama lagi... :)... jom kita lihat hasilnyer...


Pad Pocket

Mini Pad Pocket


Pencil Case

Handmade ni senang jer nak buat. Kepada sesiapa yang berminat nak buat sendiri, leh la tgk kat tutorial ek... n leh download skali (pdf format)

My New Handmade

Lets take a look... :)

Shoulder bag






Wallet



New Year Handbag

New Handbag for New Year.. :). Warna yang sangat ceria, sgt sesuai untuk tahun baru... Warna merah melambangkan jiwa yang bersemangat untuk hadapi tahun baru.... " Happy New Year Everyone.."
Jom kita layan gambar lak...

Gambar dari depan. Beg ni ada dua poket diluar.. 1 depan(ada snap button) n satu lagi di belakang

Ni lak gambar dari tepi

Gambar dari atas (ada zip)

Gambar keadaan dalam beg. ada satu poket.. :)