Hanya Sekadar Satu Coretan.....
My Hubby & Me
Daisypath Anniversary tickers

Pad Pocket Tutorial

1. Potong 2 keping kain (lapisan luar dan dalam) dan 2 keping interfacing (kertas gam sederhana tebal/keras) berukuran 12 inchi x 8 ½ inchi


2. Kemudian lekatkan interfacing pada kain dengan seterika sederhana panas.


3. Lipat kain seperti ukuran dalam gambar dibawah dan penitikan. Ukur dan buat garisan pada tepi kain, kemudian jahit mengikut garisan yang telah dibuat.


4. Kemudian ukur dan buat garisan seperti rajah dibawah.


5. Lipat kedua-dua hujung yang telah dijahit seperti rajah dibawah, penitikan dan tanda mengikut ukuran yang ditunjukan.


6. Setelah dilipat dan dipenitikan. Jahit kedua-dua hujung mengikut tanda yang telah dibuat. Kemudian potong hujung yang dijahit.


7. Ulang langkah 3 hingga 6 untuk lapisan dalam. Terbalikan lapisan dalam, masukan lapisan dalam kedalam lapisan luar kemudian pinkan.


8. Kemudian jahit mengikut garisan yang telah dibuat semasa di langkah 4 dan potong bahagian bucu seperti gambar dibawah.


9. Terbalikan semua lapisan(dalam dan luar)


10. Lipat kedalam bahagian atas, penitikan dan jahit bahagian yang telah dilipat semua bahagian tepi.


11. Akhir sekali, pasang butang ketip pada “pad pocket”. Siap... :)


Kepada sesiapa yang nak simpan tutorial ni leh download kat cni.... Selamat mencuba ..:)


1 comment:

  1. salam. :) blog anda sudah ada di bloglist lieya. :)
    http://bicarahiduptentangaku.blogspot.com

    ReplyDelete